Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Felda Lepar Hilir Satu ini telah di buka pada tahun 1982 dengan menerima kemasukan peneroka secara berperingkat - peringkat. Menurut salah seorang peneroka felda , dahulu tempat ini dikatakan kawasan peperangan. Ini jelas dengan penemuan beberapa biji bom di Felda Lepar Hilir Satu. Dahulu penduduk peneroka di sini bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang. Kegiatan utama mereka pada masa dahulu adalah menoreh getah. Hasil daripada torehan tersebut akan diperolehi pada setiap hari selasa dan jumaat. Kini pokok getah telah pun ditebang dan ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit. Perubahan demi perubahan dapat dirasai oleh penduduk peneroka di sini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM ICT & KDB BERSAMA AHLI-AHLI PEDI LEPAR HILIR 1

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2023

Program ini melibatkan pelajar sekolah rendah yang telah mendaftar sebagai ahli PEDi Lepar Hilir 1...baca selanjutnya

AKTIVITI KAHOOT BERSAMA AHLI-AHLI PEDI LEPAR HILIR 1

Aktiviti Terkini | 25 November 2023

Kahoot merupakan satu aplikasi pembelajaran secara game yang menyeronokkan, menarik, dan memberikan kesan yang baik...baca selanjutnya

AKTIVITI SPEEDTYPING BERSAMA AHLI-AHLI PEDI LEPAR HILIR 1

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2023

Program ini melibatkan pelajar sekolah rendah yang telah mendaftar sebagai ahli PEDi Lepar Hilir 1...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & KEUSAHAWANAN DI PUSAT ASASI UIAM GAMBANG DENGAN KERJASAMA CELCOMDIGI

Aktiviti Terkini | 25 September 2023

Program ini melibatkan pelajar-pelajar Pusat Asasi UIAM,Gambang iaitu seramai lebih kurang 60 orang pelajar...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & SAMBUTAN HARI MALAYSIA BERSAMA TABIKA KEMAS JAYA GADING, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 15 September 2023

Program ini dianjurkan oleh PEDi Kampung Seri Damai dengan kerjasama 8 buah PEDi di daerah Kuantan...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & SAMBUTAN KEMERDEKAAN BERSAMA TABIKA KEMAS KEM BATU 10, JAYA GADING KUANTAN

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023

Program ini dianjurkan oleh PEDi Kampung Seri Damai dengan kerjasama 8 buah PEDi di daerah Kuantan...baca selanjutnya

PROGRAM CYBERTALK@SCHOOL AT SMK LEPAR HILIR DENGAN KERJASAMA CELCOMDIGI

Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2023

Program ini melibatkan pelajar-pelajar SMK Lepar Hilir iaitu seramai lebih 244 orang pelajar yang terdiri daripada 7 Kelab & Persatuan...baca selanjutnya

KUIZ AWAL MUHARRAM

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2023

Aktiviti ini melibatkan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Ahli PEDi perlu menjawab kuiz ini secara bertulis dan soalan berbentuk objektif telah disediakan oleh petugas PEDi...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SECARA ATAS TALIAN BERSAMA TABIKA KEMAS FELDA LEPAR HILIR

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2023

Pertandingan ini melibatkan pelajar Sekolah Tabika Felda Lepar Hilir 4 yang disertai seramai 20 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring...baca selanjutnya

GOTONG ROYONG PEDI LEPAR HILIR 1

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2023

Aktiviti gotong royong ini diadakan bagi membersihkan kawasan dalam dan luar PEDi dengan lebih terperinci...baca selanjutnya

MENCIPTA KAD RAYA DIGITAL

Aktiviti Terkini | 9 April 2023

Aktiviti ini terdiri daripada peserta kelas ict yang telah mengikuti kelas Canva...baca selanjutnya

PROGRAM PENUTUP KELAS ICT & ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) ANJURAN PEDI KAMPUNG BALOK DENGAN KERJASAMA PEDI SEMAMBU, PEDI KAMPUNG PANDAN, PEDI FELDA BUKIT SAGU, PEDI MAHKOTA JAYA, PEDI LEPAR HILIR 1 & PEDI KAMPUNG UBAI

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2023

Program ini diadakan secara tertutup kepada peserta kelas ict musim cuti sekolah dan seramai 56 orang telah menyertai program ini....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ ICT ONLINE

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2023

Pertandingan ini melibatkan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Ahli PEDi perlu menjawab kuiz berkaitan pengetahuan ICT serta komponen- komponen komputer...baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA (ENGLISH CROSS WORD ONLINE)

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2023

Pertandingan ini melibatkan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Ahli PEDi perlu menjawab teka silang kata dalam Bahasa Inggeris...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti