AKTIVITI KAHOOT BERSAMA AHLI-AHLI PEDI LEPAR HILIR 1

Aktiviti terkini |25 November 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Lepar Hilir 1

Ringkasan Aktiviti:
• Kahoot merupakan satu aplikasi pembelajaran secara game yang menyeronokkan, menarik, dan memberikan kesan yang baik.
• Program ini melibatkan pelajar sekolah rendah yang telah mendaftar sebagai ahli PEDi Lepar Hilir 1.
• Aktiviti ini diadakan secara atas talian. Peserta membuka laman web kahoot serta masukkan no id dan password yang telah diberi oleh petugas PEDi.
• Peserta perlu menjawab soalan yang diberikan dengan memilih jawapan yang tepat mengikut pilihan warna yang tertera pada skrin komputer.
• Markah akan dikumpulkan seterusnya peserta dapat melihat markah keseluruhan sehingga tamat.

Tujuan Aktiviti :
• Menguji minda untuk menjawab soalan yang diberi.
• Mempromosikan PEDi kepada para pelajar.
• Mewujudkan persaingan dalam pembelajaran ICT secara sihat.
• Menarik perhatian para pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi secara berterusan dari semasa ke semasa.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Melibatkan para pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada ahli-ahli PEDi Lepar Hilir 1.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Meningkatkan tahap pemahaman terhadap ICT dalam kalangan pelajar.
• Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar.
• Mewujudkan kerjasama dan hubungan baik staff dan ahli PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :