Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Felda Lepar Hilir Satu ini telah di buka pada tahun 1982 dengan menerima kemasukan peneroka secara berperingkat - peringkat. Menurut salah seorang peneroka felda , dahulu tempat ini dikatakan kawasan peperangan. Ini jelas dengan penemuan beberapa biji bom di Felda Lepar Hilir Satu. Dahulu penduduk peneroka di sini bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang. Kegiatan utama mereka pada masa dahulu adalah menoreh getah. Hasil daripada torehan tersebut akan diperolehi pada setiap hari selasa dan jumaat. Kini pokok getah telah pun ditebang dan ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit. Perubahan demi perubahan dapat dirasai oleh penduduk peneroka di sini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PERTANDINGAN SPEED TYPING TEST

13 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2015, PI1M Felda Lepar Hilir telah mengadakan Pertandingan Speed Typing Test Online. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menguji kemampuan menaip dan meningkatkan kemahiran peserta-peserta...baca selanjutnya

PROGRAM BUBUR ASYURA ANJURAN GPW

9 November 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 9 November 2015, PI1M Felda Lepar Hilir telah mengadakan Program Membuat Bubur Asyura dengan kerjasama Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Lepar Hilir Satu...baca selanjutnya

KARNIVAL SEKOLAH BSN 2015

18-19 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Karnival Sekolah BSN 2015 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sg. Isap, Kuantan. Pihak PI1M telah berkerjasama dengan pihak sekolah untuk menyertai karnival ini bagi menjalankan Program Klik Dan Bijak (KDB)...baca selanjutnya

KARNIVAL SEKOLAH BSN 2015

18 - 19 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Karnival Sekolah BSN 2015 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sg. Isap, Kuantan. Pihak PI1M telah berkerjasama dengan pihak sekolah untuk menyertai karnival ini bagi menjalankan Program Klik Dan Bijak (KDB)...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI MALAYSIA

18 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Malaysia bersama PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) telah diadakan PI1M Felda Lepar Hilir...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M FELDA LEPAR HILIR

09 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) adalah bertujuan untuk menghargai pelanggan PI1M yang menggunakan perkhidmatan di PI1M Felda Lepar. Program ini bermula pada pukul 9 sehingga pukul 6...baca selanjutnya

PERTANDINGAN DIGI CYBERSAFE

02 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan DiGi CyberSAFE telah diadakan di Bilik Latihan PI1M Kg Sri Damai. Pertandingan ini terdiri daripada peserta yang menyertai pertandingan sempena "Hari Terbuka" di PI1M Kg Sri Damai...baca selanjutnya

PERTANDINGAN ONLINE COLORING

30 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Online Coloring telah diadakan di Bilik Latihan PI1M Felda Lepar Hilir. Pertandingan ini terdiri daripada murid-murid Tabika Kemas Lepar Hilir 1...baca selanjutnya

PERTANDINGAN Jigsaw puzzles

22 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Jigsaw Puzzles telah diadakan di Bilik Latihan PI1M Felda Lepar Hilir. Pertandingan ini terdiri daripada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari Sekolah (LKTP) Lepar Hilir 2...baca selanjutnya

PERTANDINGAN FANTASY PREMIER LEAGUE

24 April 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Fantasy Premier League diadakan di Bilik Latihan PI1M Felda Lepar Hilir. Pertandingan ini terdiri daripada MBF (Majlis Belia Felda) Lepar Hilir...baca selanjutnya

PERTANDINGAN JAHITAN MANIK

28 Mac 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Jahitan Manik ini diadakan di PI1M Felda Lepar Hilir bersama KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat). Pertandingan ini melibatkan 10 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli KEMAS...baca selanjutnya

PERTANDINGAN FAST TYPING

27 Februari 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Fast Typing telah diadakan di Pusat Internet Felda Lepar Hilir. Diantara aktiviti lain yang turut dijalankan ialah Klik Dengan Bijak dan Hadiah kepada pengguna yang kerap menggunakan perkhidmatan PI1M...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ PENGHAYATAN ISLAM

30 Januari 2015 | Aktiviti Terkini

Diantara aktiviti yang dijalankan pada hari program tersebut ialah: Pertandingan Kuiz Penghayatan Islam dan Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MATH KUIZ

11 Januari 2015 | Aktiviti Terkini

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari Program tersebut adalah: Math kuiz, Klik Dengan Bijak dan Hadiah kepada pengguna yang kerap menggunakan perkhidmatan PI1M...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti