Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Felda Lepar Hilir Satu ini telah di buka pada tahun 1982 dengan menerima kemasukan peneroka secara berperingkat - peringkat. Menurut salah seorang peneroka felda , dahulu tempat ini dikatakan kawasan peperangan. Ini jelas dengan penemuan beberapa biji bom di Felda Lepar Hilir Satu. Dahulu penduduk peneroka di sini bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang. Kegiatan utama mereka pada masa dahulu adalah menoreh getah. Hasil daripada torehan tersebut akan diperolehi pada setiap hari selasa dan jumaat. Kini pokok getah telah pun ditebang dan ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit. Perubahan demi perubahan dapat dirasai oleh penduduk peneroka di sini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BENGKEL MIV WITH IMFUTURES

Aktiviti Terkini | 17 – 19 Disember 2021

Petugas PEDi & wakil komuniti daerah Kuantan menyertai program ini. Merupakan program kerjasama antara MIV dan IMfutures Indera Mahkota, Kuantan. Menyasarkan untuk mengelolakan Sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti....baca selanjutnya

TEKA SILANG KATA ICT

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2021

Aktiviti teka silang kata ICT ini melibatkan ahli-ahli PEDi Felda Lepar Hilir. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengasah minda para peserta serta menarik minat ahli-ahli PEDi agar sentiasa terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi....baca selanjutnya

KAHOOT (MENGENALI KOMPONEN ASAS KOMPUTER)

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

Aktiviti “Kahoot” ini melibatkan ahli-ahli PEDi Felda Lepar Hilir. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk melatih mereka supaya mengenali dan menambahkan pengetahuan mereka berkenaan asas komputer. Selain itu, aktiviti seperti “Educational Game” ini mendapat tarikan daripada ahli-ahli PEDi untuk sentiasa menyertai program yang dianjurkan oleh PEDi Lepar Hilir....baca selanjutnya

SPEED TYPING PRACTICE

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2021

Aktiviti “speed typing practice” ini melibatkan ahli-ahli PIK Felda Lepar Hilir. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk melatih mereka supaya boleh menaip dengan pantas menggunakan sepuluh jari....baca selanjutnya

KUIZ ICT ONLINE SEJARAH MALAYSIA “WORD WALL, GAME SHOW”

Aktiviti Terkini | 4 September 2021

Aktiviti “Word Wall Game Show” ini melibatkan ahli-ahli PIK Felda Lepar Hilir. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk menguji pengetahuan mereka bukan sahaja dalam ICT malah tentang pengetahuan Am mengenai sejarah Hari Malaysia....baca selanjutnya

KUIZ ICT ONLINE “WORD WALL, GAME SHOW”

Aktiviti Terkini | 8 Ogos 2021

Aktiviti “Word Wall Game Show” ini melibatkan ahli-ahli PIK Felda Lepar Hilir. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk menguji pengetahuan mereka dalam ICT. Selain itu, dapat menarik minat ahli-ahli PIK dengan aktiviti secara atas talian ini dan dapat mengisi masa lapang mereka...baca selanjutnya

KUIZ ICT ONLINE

Aktiviti Terkini | 31 Julai 2021

Pertandingan kuiz online ini melibatkan ahli-ahli PIK Felda Lepar Hilir. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk menarik minat ahli PIK untuk menyertai aktiviti pembelajaran berkaitan ICT dengan bergerak secara aktif melalui online pada musim covid ini. Selain itu, dapat mendekatkan diri mereka yang masih baru belajar mengenai komputer serta menambahkan kemahiran dan kefahaman ahli-ahli Pusat Internet berkaitan ICT dengan lebih baik....baca selanjutnya

KUIZ ICT ONLINE (MENGENAL KOMPONEN KOMPUTER)

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2021

Pertandingan ini diadakan untuk menjalinkan kerjasama antara Pusat Internet dengan komuniti setempat serta menguji kecerdasan minda dan menjadikan pelajar yang celik IT...baca selanjutnya

KUIZ ICT ONLINE

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2021

Pertandingan kuiz online ini melibatkan ahli-ahli PIK Felda Lepar Hilir. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan dan memupuk ahli-ahli Pusat Internet Komuniti untuk menyertai aktiviti pembelajaran berkaitan ICT. Selain itu, dapat mendekatkan diri mereka yang masih baru belajar mengenai komputer serta menambahkan kemahiran dan kefahaman ahli-ahli Pusat Internet berkaitan ICT dengan lebih baik...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE

Aktiviti Terkini | 16 April 2021

Pertandingan mewarna online ini melibatkan ahli-ahli PIK Felda Lepar Hilir. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan dan memupuk ahli-ahli Pusat Internet Komuniti untuk menyertai aktiviti pembelajaran berkaitan ICT. Selain itu, dapat mendekatkan diri mereka yang masih baru belajar mengenai komputer serta menambahkan kemahiran dan kefahaman ahli-ahli Pusat Internet berkaitan ICT dengan lebih baik....baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA ICT

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2021

Pertandingan teka silang kata ICT ini melibatkan ahli-ahli PIK Felda Lepar Hilir. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan dan memupuk ahli-ahli Pusat Internet Komuniti untuk menyertai aktiviti pembelajaran berkaitan ICT. Selain itu, dapat menambahkan kemahiran dan kefahaman ahli-ahli Pusat Internet berkaitan ICT dengan lebih baik....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ ICT

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2021

Pertandingan kuiz ICT ini melibatkan ahli-ahli PIK Felda Lepar Hilir. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan dan memupuk ahli-ahli Pusat Internet Komuniti untuk menyertai aktiviti pembelajaran berkaitan ICT...baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2021

Pertandingan Teka Silang Kata ini melibatkan ahli-ahli PIK Felda Lepar Hilir. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan dan memupuk ahli-ahli Pusat Internet Komuniti untuk menyertai aktiviti atas talian pada musim covid ini...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti