Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Felda Lepar Hilir Satu ini telah di buka pada tahun 1982 dengan menerima kemasukan peneroka secara berperingkat - peringkat. Menurut salah seorang peneroka felda , dahulu tempat ini dikatakan kawasan peperangan. Ini jelas dengan penemuan beberapa biji bom di Felda Lepar Hilir Satu. Dahulu penduduk peneroka di sini bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang. Kegiatan utama mereka pada masa dahulu adalah menoreh getah. Hasil daripada torehan tersebut akan diperolehi pada setiap hari selasa dan jumaat. Kini pokok getah telah pun ditebang dan ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit. Perubahan demi perubahan dapat dirasai oleh penduduk peneroka di sini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


'Digi Awareness Talk'

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2016

Program CyberSAFE bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan pengguna ketika menggunakan internet....baca selanjutnya

PROGRAM INTERVERSI PEMERKAKASAN KELUARGA DAN KOMUNITI (FACE)

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2016

Program Klik Dengan Bijak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan menggunakan internet.....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Klik Dengan Bijak : Kuiz (Word Search & Crosswords)

Aktiviti Terkini | 26 November 2016

Pertandingan Klik Dengan Bijak ini diadakan adalah untuk menguji minda setiap peserta dalam penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation)...baca selanjutnya

Karnival Amal Kesenian, Kebudayaan & Asas Tani

Aktiviti Terkini | 14 - 16 Oktober 2016

Karnival ini memberi peluang kepada pihak PI1M memperkenal dan mempromosikan PI1M disamping memberi pengetahuan kepada orang ramai untuk melupuskan barang-barang eletronik melalui program e-waste...baca selanjutnya

Digi Cybersafe

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016

Aktiviti ini adalah untuk memberi maklumat berkaitan kebaikan dan keburukan penggunaan Internet. Dengan adanya aktiviti ini, pelajar lebih berhati-hati ketika menggunakan internet selepas mendengar taklimat...baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Malaysia Bersama PDK

Aktiviti Terkini | 29 September 2016

Pertandingan Mewarna ini bertujuan bagi menyambut Hari Malaysia yang disambut pada 16 September bagi setiap tahun. Tujuan pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat dan menguji kreativiti pelajar mewarna. Mengalakkan pelajar dari PDK (Pusat Dalam Komuniti) untuk mengunjungi PI1M dan menggunakan kemudahan yang disediakan di PI1M....baca selanjutnya

CYBERSAFE IN SCHOOL WORKSHOP 2016

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2016

Bengkel tersebut diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya PI1M

Aktiviti Terkini | 31 Julai 2016

Tujuan jamuan ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim diantara ahli-ahli PI1M dan staf dan menarik minat ahli-ahli PI1M untuk mengikuti setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PI1M Lepar Hilir...baca selanjutnya

Kad Raya Kreatif (PowerPoint)

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2016

Pertandingan ini dapat menguji kemampuan dan ketangkasan peserta dalam menaip serta dapat meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office Power Point...baca selanjutnya

Pertandingan Menaip

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2016

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim diantara ahli-ahli PI1M dan staf...baca selanjutnya

ICT Short Course

Aktiviti Terkini | 17 April 2016

ICT Short Course merupakan program yang memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam dunia luar dan membangunkan kesedaran di kalangan pelajar sekolah tentang dunia ICT yang semakin berkembang pesat...baca selanjutnya

Pertandingan Bekas Tisu Daripada kain Felt

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2016

Pertandingan Bekas Tisu daripada kain felt telah diadakan di bilik latihan PI1M. Pertandingan ini melibatkan Penduduk Felda Lepar Hilir 1...baca selanjutnya

ONLINE COLORING BERSAMA TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2016

Pertandingan Online Coloring telah diadakan di Bilik Latihan. Pertandingan ini melibatkan 20 orang pelajar daripada Tabika KEMAS Felda Lepar Hilir 1...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

ONLINE MATH GAMES

30 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Januari 2016, PI1M Felda Lepar Hilir telah mengadakan Online Math Games. Ia terbahagi kepada 2 kategori iaitu sekolah rendah (Number Bonds II) dan sekolah menengah (Penembak Matematik)...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti