PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & SAMBUTAN KEMERDEKAAN BERSAMA TABIKA KEMAS KEM BATU 10, JAYA GADING KUANTAN

Aktiviti terkini |18 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Tabika KEMAS Kem Batu 10, Jaya Gading Kuantan

Ringkasan Aktiviti:
• Program ini dianjurkan oleh PEDi Kampung Seri Damai dengan kerjasama 8 buah PEDi di daerah Kuantan.
• Program ini melibatkan pelajar-pelajar Tabika KEMAS Kem Batu 10, Jaya Gading Kuantan iaitu seramai lebih 80 orang pelajar.
• Program ini dimulakan dengan pengisian slot Klik Dengan Bijak (KDB) dan di ikuti pengisian pembelajaran secara ‘E-learning’ dengan menggunkan tablet yang disediakan oleh setiap staf PEDi yang terlibat dan seterusnya sambutan sempena Hari Kemerdekaan.
• Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan & memperkenalkan peralatan asas komputer kepada pelajar-pelajar tabika.
• Memupuk sikap patriotik dalam kalangan pelajar.
• Mempromosikan PEDi kepada para pelajar dan guru.
• Menarik minat pelajar dengan aktiviti pembelajaran yang lebih menarik seperti pembelajaran secara ‘E-Learning’.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Melibatkan para pelajar Tabika KEMAS Kem Batu 10.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mewujudkan pelajar yang celik IT seiring dengan peredaran masa.
• Memberi imej positif dan memperkenalkan PEDi kepada komuniti.
• Mewujudkan kerjasama dan hubungan baik dengan pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :