PERTANDINGAN MEWARNA SECARA ATAS TALIAN BERSAMA TABIKA KEMAS FELDA LEPAR HILIR

Aktiviti terkini |23 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Lepar Hilir

Ringkasan Aktiviti:
• Pertandingan ini melibatkan pelajar Sekolah Tabika Felda Lepar Hilir 4 yang disertai seramai 20 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring.
• Para pelajar perlu mewarna secara online gambar yang telah disediakan oleh petugas PEDi pada setiap PC.
• Para pelajar diberi taklimat dan tunjuk ajar terlebih dahulu cara-cara untuk mewarna.
• Masa yang diberikan untuk mewarna adalah 15 minit.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama program ini adalah untuk menarik minat pelajar-pelajar Tabika untuk mengikuti setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Lepar Hilir.
• Mempromosikan PEDi kepada pihak KEMAS.
• Membuka peluang dan kemahiran berkaitan ICT dalam kalangan pelajar Tabika .

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Melibatkan Tabika KEMAS Felda Lepar Hilir.
• Para Pemenang:
• Tempat Pertama : Muhammad Adam Khalish
• Tempat Kedua : Nur Najah Binti Khairulazam
• Tempat Ketiga : Puteri Balqis Binti Azman

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Memupuk semangat sikap berdaya saing di antara para peserta.
• Memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PEDi dalam aktiviti komuniti yang dijalankan.
• Mengeratkan hubungan staff dan komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :