AKTIVITI SPEEDTYPING BERSAMA AHLI-AHLI PEDI LEPAR HILIR 1

Aktiviti terkini |19 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Lepar Hilir 1

Ringkasan Aktiviti:
• Program ini melibatkan pelajar sekolah rendah yang telah mendaftar sebagai ahli PEDi Lepar Hilir 1.
• Pertandingan ini diadakan secara atas talian. Peserta perlu menaip dengan pantas seiring dengan ketepatan perkataan yang diberi.
• Aktiviti ini sering mendapat sambutan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir 1.
• Di samping itu, dapat menguji tahap kemahiran menaip setelah menyertai kelas-kelas ICT sebelum ini.

Tujuan Aktiviti :
• Menguji tahap ketangkasan menaip dalam kalangan pelajar.
• Mempromosikan PEDi kepada para pelajar.
• Mewujudkan persaingan dalam pembelajaran ICT secara sihat.
• Menarik perhatian para pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi secara berterusan dari semasa ke semasa.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Melibatkan para pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada ahli-ahli PEDi Lepar Hilir 1.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar.
• Memberi imej positif dan memperkenalkan PEDi kepada komuniti
• Mewujudkan kerjasama dan hubungan baik staff dan ahli PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :