PROGRAM ADVOKASI & SAMBUTAN HARI MALAYSIA BERSAMA TABIKA KEMAS JAYA GADING, KUANTAN

Aktiviti terkini |15 September 2023

Tempat Aktiviti:
Tabika KEMAS Jaya Gading, Kuantan

Ringkasan Aktiviti:
• Program ini dianjurkan oleh PEDi Kampung Seri Damai dengan kerjasama 8 buah PEDi di daerah Kuantan.
• Program ini melibatkan pelajar-pelajar Tabika KEMAS Jaya Gading, Kuantan iaitu seramai 106 orang pelajar.
• Program ini dimulakan dengan pengisian slot Pengenalan Asas Komputer dan seterusnya pengisian Klik Dengan Bijak (KDB).
• Seterusnya pembelajaran secara ‘E-learning’ dengan menggunakan tablet yang disediakan oleh setiap staf PEDi yang terlibat.
• Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan & memperkenalkan peralatan asas komputer kepada pelajar-pelajar tabika.
• Mempromosikan PEDi kepada para pelajar dan guru.
• Menarik minat pelajar dengan aktiviti pembelajaran yang lebih menarik seperti pembelajaran secara ‘E-Learning’.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Melibatkan para pelajar Tabika KEMAS Jaya Gading,Kuantan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mewujudkan pelajar yang celik IT seiring dengan peredaran masa.
• Memberi imej positif dan memperkenalkan PEDi kepada komuniti
• Mewujudkan kerjasama dan hubungan baik dengan pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :