PROGRAM ADVOKASI & KEUSAHAWANAN DI PUSAT ASASI UIAM GAMBANG DENGAN KERJASAMA CELCOMDIGI

Aktiviti terkini |25 September 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Al-Jurjani, UIAM Gambang

Ringkasan Aktiviti:
• Program ini melibatkan pelajar-pelajar Pusat Asasi UIAM,Gambang iaitu seramai lebih kurang 60 orang pelajar.
• Program ini dimulakan dengan pengenalan PEDi dan juga keusahawanan. Selain itu, topik ‘Cybersafe’ yang dikongsi pada kali ini ialah ‘Anti-Scam’.
• Selain itu, pengagihan simkad prepaid secara percuma dari pihak CelcomDigi kepada para pelajar yang terlibat.
• Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan secara terperinci mengenai penipuan dalam talian dan juga tips keselamatan dalam internet dalam kalangan pelajar.
• Memberi pendedahan tentang E-Dagang dan keusahawanan.
• Mempromosikan PEDi kepada para pelajar.
• Mengedarkan simpack secara percuma oleh pihak CelcomDigi kepada pelajar yang terlibat.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Melibatkan para pelajar Pusat Asasi UIAM, Gambang.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mewujudkan kesedaran menggunakan internet secara positif terutama di platform media sosial.
• Memberi imej positif dan memperkenalkan PEDi kepada komuniti.
• Mewujudkan kerjasama dan hubungan baik dengan pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :