Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Felda Lepar Hilir Satu ini telah di buka pada tahun 1982 dengan menerima kemasukan peneroka secara berperingkat - peringkat. Menurut salah seorang peneroka felda , dahulu tempat ini dikatakan kawasan peperangan. Ini jelas dengan penemuan beberapa biji bom di Felda Lepar Hilir Satu. Dahulu penduduk peneroka di sini bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang. Kegiatan utama mereka pada masa dahulu adalah menoreh getah. Hasil daripada torehan tersebut akan diperolehi pada setiap hari selasa dan jumaat. Kini pokok getah telah pun ditebang dan ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit. Perubahan demi perubahan dapat dirasai oleh penduduk peneroka di sini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


'WORD SEARCH ONLINE'

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2018

Pertandingan ini melibatkan pelajar Sekolah Menengah & Rendah yang disertai seramai 10 orang pelajar....baca selanjutnya

PERTANDINGAN FAST TYPING

Aktiviti Terkini | 30 November 2018

Pertandingan ini dapat memupuk semangat sikap berdaya saing di antara para peserta dan memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti yang dijalankan....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM HARI POS SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 09 & 12 Oktober 2018

Pusat Internet area Kuantan terlibat dalam menyertai pembukaan booth mengenai Pusat Internet. Program ini dapat memperkenalkan peranan Pusat Internet kepada masyarakat serta dapat memberi pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet...baca selanjutnya

Program Komuniti & Roadshow VIVO Y53 + Free Simpack Digi

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Program bermula seawal pukul 8.30 pagi dan berlangsung selama setengah hari. Beberapa aktiviti-aktiviti sukaneka turut diselitkan bagi menarik pengunjung ke program ini. Selain itu, hadiah cabutan bertuah juga disediakan kepada pengunjung yang membeli telefon pintar tersebut...baca selanjutnya

PAMERAN KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) 2018 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2018

Pihak PI dijemput untuk mengadakan pameran di SK Balok sempena Pogram Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Pahang...baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TANJUNG LUMPUR

Aktiviti Terkini | 01 Ogos 2018

Program ini akan memberi kesedaran kepada pelajar SMK Tg Lumpur dengan menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK ASTANA

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2018

Program Advokasi ini melibatkan lebih 300 orang pelajar sekolah dan guru yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat usia. Satu pameran telah dijalankan pada hari berkenaan yang melibatkan beberapa orang staff PI di mana pameran tersebut telah mengetengahkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di PI seperti Program KDB, E-Waste, Check Your Label dan juga Robotik anjuran Digi-Petrosains. Kuiz uji minda juga turut diadakan pada hari berkenaan....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2018

Jamuan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama insan dalam kalangan semua peringkat usia....baca selanjutnya

KUIZ HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Kuiz ni dapat menarik minat ahli-ahli PI1M untuk mengikuti setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet Lepar Hilir....baca selanjutnya

WORD SEARCH GAMES

Aktiviti Terkini | 31 Mei 2018

aktiviti ini memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti yang dijalankan....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M FELDA LEPAR HILIR 1, FELDA BUKIT SAGU, KG PANDAN, SERI MAHKOTA JAYA & PAKR PANCHING

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Lepar Hilir 1, Felda Bukit Sagu, Kg Pandan, Seri Mahkota Jaya & PAKR Panching diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan sekitar kawasan setempat. Ia juga bertujuan untuk menjalankan hubungan yang baik diantara penduduk setempat dan staff PI1M. Program hari terbuka ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli PI1M dan penduduk taman kerana selalu memberi kerjasama kepada pihak PI1M dalam setiap aktiviti yang dijalankan....baca selanjutnya

'WORD SEARCH GAMES'

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

PI1M telah menganjurkan “Word Search Games” di Bilik Latihan PI1M Felda Lepar Hilir. Pertandingan ini terbahagi kepada dua iaitu pelajar Sekolah Menengah & Rendah yang disertai seramai 20 orang pelajar....baca selanjutnya

'ONLINE MATH GAMES'

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

Pertandingan ini memupuk semangat sikap berdaya saing di antara para peserta dan memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti yang dijalankan....baca selanjutnya

'SPEED TYPING ONLINE'

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Aktiviti ini dapat menarik minat ahli-ahli PI1M untuk mengikuti setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PI1M Felda Lepar Hilir...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti