Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Felda Lepar Hilir Satu ini telah di buka pada tahun 1982 dengan menerima kemasukan peneroka secara berperingkat - peringkat. Menurut salah seorang peneroka felda , dahulu tempat ini dikatakan kawasan peperangan. Ini jelas dengan penemuan beberapa biji bom di Felda Lepar Hilir Satu. Dahulu penduduk peneroka di sini bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang. Kegiatan utama mereka pada masa dahulu adalah menoreh getah. Hasil daripada torehan tersebut akan diperolehi pada setiap hari selasa dan jumaat. Kini pokok getah telah pun ditebang dan ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit. Perubahan demi perubahan dapat dirasai oleh penduduk peneroka di sini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PERTANDINGAN SPEED TYPING

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2022

Pertandingan ini melibatkan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Ahli PEDi perlu menaip mengikut masa yang telah ditetapkan oleh petugas PEDi. Aktiviti ini melibatkan 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Pertandingan “Speed Typing” merupakan aktiviti yang sering mendapat sambutan hangat dalam kalangan ahli PEDi untuk bertanding tiap kali dianjurkan....baca selanjutnya

KAHOOT (KLIK DENGAN BIJAK)

Aktiviti Terkini | 24 November 2022

Aktiviti ini melibatkan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Ahli PEDi perlu menjawab soalan yang berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB). Peserta perlu menjawab dengan menjawab soalan melalui kaedah ‘Kahoot’ .Peserta diberikan taklimat berkenaan KDB terlebih dahulu. Topik yang dikongsikan ialah Siber Buli....baca selanjutnya

BLOOKET (KUIZ)

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2022

Aktiviti ini melibatkan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Ahli PEDi perlu menjawab soalan yang berkaitan pengetahuan AM. Peserta perlu menjawab dengan menjawab soalan melalui kaedah ‘Blooket . Blooket merupakan salah satu kuiz secara online dimana peserta hanya perlu pilih dan “klik” jawapan. Kuiz Blooket ini pertama kali diadakan dan mendapat tarikan dalam kalangan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir...baca selanjutnya

KAHOOT (KUIZ HARI MALAYSIA)

Aktiviti Terkini | 23 September 2022

Aktiviti ini melibatkan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Ahli PEDi perlu menjawab soalan yang bertemakan sejarah Hari Malaysia yang telah disediakan oleh petugas PEDi. Peserta perlu menjawab dengan menjawab soalan melalui kaedah ‘Kahoot’ . Kahoot sangat mendapat sambutan dalam kalangan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Kuiz ini secara tidak langsung dapat menarik minat ahli PEDi untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi...baca selanjutnya

KUIZ TEKA SILANG KATA HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2022

Aktiviti ini melibatkan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Ahli PEDi perlu menjawab kuiz ini secara bertulis dan soalan berbentuk silang kata yang telah disediakan oleh petugas PEDi. Peserta perlu menjawab dengan mengisi jawapan ke dalam kotak yang diberi dan pilihan jawapan tidak disediakan. Kuiz ini secara tidak langsung dapat menarik minat ahli PEDi untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi...baca selanjutnya

KUIZ MUHARRAM

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2022

Aktiviti ini melibatkan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Ahli PEDi perlu menjawab kuiz ini secara bertulis dan soalan berbentuk objektif telah disediakan oleh petugas PEDi. Peserta hanya perlu menjawab dengan pilihan jawapan yang diberi. Kuiz ini secara tidak langsung dapat menarik minat ahli PEDi untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE BERSAMA TABIKA FLH 4

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2022

Pertandingan mewarna online ini melibatkan pelajar-pelajar Tabika Kemas Felda Lepar Hilir 4. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan dan memupuk pelajar-pelajar Tabika untuk menyertai aktiviti pembelajaran berkaitan ICT. Selain itu, dapat mendekatkan diri mereka yang masih baru belajar mengenai komputer serta menambahkan kemahiran dan kefahaman mereka berkaitan ICT dengan lebih baik....baca selanjutnya

SPEEDTYPING TEST (LEVEL 2)

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022

Aktiviti ini melibatkan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Ahli PEDi perlu menaip dengan kiraan masa yang telah ditetapkan. Pertandingan ini dinilai dari segi peratusan iaitu dari segi tahap kepantasan dan ketepatan peserta menaip. Pertandingan “Speedtyping” ini merupakan salah satu pertandingan yang sering mendapat sambutan tinggi dalam kalangan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir...baca selanjutnya

KUIZ RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 20 April 2022

Aktiviti ini melibatkan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Ahli PEDi perlu menjawab kuiz ini secara bertulis dan soalan berbentuk objektif telah disediakan oleh petugas PEDi. Peserta hanya perlu menjawab dengan pilihan jawapan yang diberi. Kuiz ini secara tidak langsung dapat menarik minat ahli PEDi untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi...baca selanjutnya

PROGRAM SANTAI BERSAMA YBS & KOMUNITI LEPAR HILIR

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2022

Aktiviti ini melibatkan ahli-ahli Perpustakaan Desa Felda Lepar Hilir Satu. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan komuniti iaitu penduduk sekitar Felda Lepar Hilir dengan pemimpin. Pelbagai aktiviti yang menarik juga telah diadakan sepanjang program majlis diadakan...baca selanjutnya

KUIZ ICT ONLINE

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2022

Aktiviti ini melibatkan ahli-ahli PEDi Lepar Hilir. Ahli PEDi perlu menjawab kuiz ini secara online mengikut link yang telah diberi oleh petugas PEDi. Peserta hanya perlu menjawab dengan pilihan jawapan yang diberi. Kuiz ini secara tidak langsung dapat menunjukkan tahap pengetahuan ICT ahli PEDi...baca selanjutnya

KUIZ ICT “WORD WALL”

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Aktiviti kuiz ini melibatkan ahli-ahli PEDi Felda Lepar Hilir. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengasah minda para peserta berkaitan pengetahuan asas ICT. Selain itu, dapat menarik minat ahli-ahli PEDi agar sentiasa terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi....baca selanjutnya

FOTOGRAFI & CANVA EDITING

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2022

Aktiviti fotografi ini melibatkan ahli-ahli PEDi Felda Lepar Hilir. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengajar para peserta cara-cara mengambil gambar dengan betul dan juga asas “editing” gambar menggunakan Canva. Selain itu, dapat menarik minat ahli-ahli PEDi agar sentiasa terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti