Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Felda Lepar Hilir Satu ini telah di buka pada tahun 1982 dengan menerima kemasukan peneroka secara berperingkat - peringkat. Menurut salah seorang peneroka felda , dahulu tempat ini dikatakan kawasan peperangan. Ini jelas dengan penemuan beberapa biji bom di Felda Lepar Hilir Satu. Dahulu penduduk peneroka di sini bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang. Kegiatan utama mereka pada masa dahulu adalah menoreh getah. Hasil daripada torehan tersebut akan diperolehi pada setiap hari selasa dan jumaat. Kini pokok getah telah pun ditebang dan ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit. Perubahan demi perubahan dapat dirasai oleh penduduk peneroka di sini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA AHLI PI1M

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2017

Program ini dapat memberikan ilmu serta pengetahuan yang berguna melalui Program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta yang menyertai program ini...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK SUNGAI SOI

Aktiviti Terkini | 17 November 2017

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DAN E-WASTE DI PI1M TAMAN BERJAYA PERMAI

Aktiviti Terkini | 29 Oktober 2017

PI1M Berjaya Permai telah mengadakan Hari Terbuka. Banyak aktiviti dan program yang dijalankan antaranya Program Advokasi iaitu Slot Klik Dengan Bijak (KDB). Slot KDB ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit . Kami juga mengadakan Pop Kuiz kepada peserta dimana mereka perlu menjawab soalan kuiz dengan cepat dan betul, ia akan dikira sebagai pemenang....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DAN E-WASTE DI PI1M BALOK PANTAI

Aktiviti Terkini | 01 Oktober 2017

Program yang dijalankan pada bulan ini adalah Klik Dengan Bijak bersempena Hari Terbuka PI1M Kg. Balok Pantai. Program ini dapat membantu memperkenalkan fungsi PI1M & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M kepada penduduk setempat...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA SAMBUTAN AWAL MUHARRAM

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

PI1M Felda Lepar Hilir telah mengadakan Pertandingan Kuiz Sempena Sambutan Awal Muharram. Pertandingan ini mengambil masa selama 1 jam yang terdiri daripada Ahli Pusat Internet. Peserta perlu menjawab soalan kuiz dengan cepat dan betul akan dikira sebagai pemenang...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 60

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2017

Pertandingan ini mengambil masa selama 1 jam yang terdiri daripada Ahli Pusat Internet. Peserta perlu menjawab soalan kuiz tentang isu-isu sejarah. Bagi siapa siap dengan cepat dan betul akan dikira sebagai pemenang....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2017

PI1M Lepar Hilir telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan telah mendapat sambutan yang baik dari pihak JKK dan ahli-ahli PI1M....baca selanjutnya

Program Advokasi KDB di SMK Astana

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2017

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan PI1M kepada pelajar dan guru-guru SMK Astana dan mempromosikan program e-waste & produk Digi...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2017

PI1M Lepar Hilir telah mengadakan Pertandingan Mencipta Kad Hari Raya kepada ahli-ahli PI1M. Seramai 10 orang peserta menyertai pertandingan ini yang mengambil masa selama 1 jam. Peserta perlu mengikut format yang betul untuk menjadi pemenang....baca selanjutnya

Pertandingan Bowling anjuran PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti)

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2017

Tujuan program ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staf PI1M, guru-guru PDK, pelajar PDK serta ibu bapa mereka. Disamping itu, PDK juga menyambut sambutan kali ke 15 tahun penubuhan PDK di Felda Lepar Hilir....baca selanjutnya

Taklimat KDB & CyberSafe di Hari Terbuka PI1M Kg Kempadang

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Memberikan satu pengetahuan yang berguna mengenai keselamatan siber melalui program Digi CyberSafe kepada pelajar dan pelawat yang menyertai program terbabit....baca selanjutnya

'The Benefits of Using Technology (Make Easy Poster & Make Money Online)' Anjuran Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2017

PI1M Felda Lepar Hilir dengan kerjasama pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengadakan program “The Benefits Of Using Technology” kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Hilir (SMKLH). Program ini terbahagi kepada (2) slot iaitu How To Generate Income After Using Only Social Media dan How To Use Photoshop In Making Activity Poster. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang....baca selanjutnya

ADVOKASI DI SK BALOK SEMPENA BULAN ICT SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 04 Mei 2017

Program advokasi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan di Internet....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

ONLINE COLORING BERSAMA TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 21 April 2017

Aktiviti ini dapat menarik minat ahli-ahli PI1M untuk mengikuti setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PI1M Lepar Hilir...baca selanjutnya

ONLINE JIGSAW PUZZLES

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2017

Pada pukul 2.30 petang, satu pertandingan telah dijalankan di PI1M Lepar Hilir iaitu “Online Jigsaw Puzzles”. Seramai 15 orang ahli PI1M menyertai pertandingan ini yang terdiri dari pelajar sekolah rendah. Peserta dikehendaki menyusun gambar puzzle tersebut sehingga menjadi gambar yg lengkap. Peserta yang berjaya siap dengan pantas akan dikira sebagai pemenang. Pertandingan ini mengambil masa 30 minit sahaja...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak, E-Waste & Digi Cybersafe

Aktiviti Terkini | 04 Februari 2017

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan dan mempromosi aktiviti PI1M kepada penduduk setempat disamping menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN 'WORD SEARCH'

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2017

Tujuan Pertandingan 'Word Search' ini diadakan adalah untuk menguji kemahiran berfikir para peserta dan fokus untuk menyelesaikan masalah....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti