Pertandingan DiGi CyberSAFE
Ogos 2015

2 Ogos 2015 ( Ahad )

Pertandingan DiGi CyberSAFE telah diadakan di Bilik Latihan PI1M Kg Sri Damai. Program DIGI CyberSAFE terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi 1 pada pukul 10.00 pagi dan sesi 2 pada pukul 2.00 petang. Peserta yang menyertai pertandingan sempena "Hari Terbuka" harus mengikuti Program Digi CyberSAFE dengan menonton (3) video yang berkaitan Cyber Bulling, Cyber Stalking dan Cyber Grooming. Selepas peserta menonton video, mereka dikehendaki menjawab kuiz sebanyak 10 soalan yang berkaitan video yang di tonton. Peserta diberi masa 10 minit untuk menjawab kuiz tersebut.

Digi CyberSAFE bertujuan untuk mendidik serta mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai  isu-isu teknologi dan sosial yang dihadapi oleh para pengguna internet, terutamanya mengenai bahaya semasa berada atas talian. Program DiGi CyberSAFE merupakan inisiatif proaktif untuk meningkatkan kesedaran dan melibatkan pelbagai komuniti untuk mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi serta mendalam mengenai penggunaan positif Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan

Peserta Menonton Video

pic

Peserta Menjawab Kuiz

12

2