KARNIVAL SEKOLAH BSN 2015

18 - 19 Oktober 2015 ( Sabtu & Ahad)

Karnival Sekolah BSN 2015 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sg. Isap, Kuantan. Pihak PI1M telah berkerjasama dengan pihak sekolah untuk menyertai karnival ini bagi menjalankan Program Klik Dan Bijak (KDB). Di antara PI1M yang terlibat adalah PI1M Kempadang, PI1M Kg. Ubai, PI1M Kg.Seri Damai, PI1M Felda Bkt. Sagu dan PI1M Kg. Permatang Pauh.

Tujuan Program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada peserta-peserta tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika. Melalui program ini, para peserta akan mendengar taklimat secara ringkas mengenai KDB dan akan diberikan kuiz yang berkaitan dengan taklimat KDB tersebut. Para peserta yang berjaya menjawab soalan, akan diberi hadiah.

Kesimpulannya, program yang dijalankan ini dapat menerapkan dan mendidik para peserta yang hadir tentang penggunaan internet yang betul. Selain itu, ia dapat memperkenalkan PI1M kepada orang ramai dan memberi imej positif serta menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan

pic

qwwe

qw