PERTANDINGAN JAHITAN MANIK BERSAMA KEMAS
MAC 2015

28 Mac 2015 ( Sabtu )

Pertandingan Jahitan Manik ini diadakan di PI1M Felda Lepar Hilir bersama KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat). Pertandingan ini melibatkan 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli KEMAS Felda Lepar Hilir 1. Pertandingan Jahitan Manik ini mengambil masa selama dua (2) Jam iaitu dari Pukul 3 sehingga Pukul 5. Disamping itu juga, pertandingan ini telah diadili oleh Guru KEMAS iaitu Puan Latifah. Sebelum pertandingan ini dijalankan, peserta diberi taklimat berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB).

Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan serta merapatkan hubungan silaturahim di antara PI1M dengan ahli-ahli KEMAS.

picpicpicpic