HARI TERBUKA PI1M FELDA LEPAR HILIR

9 Ogos 2015 ( Ahad )

Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) adalah bertujuan untuk menghargai pelanggan PI1M yang menggunakan perkhidmatan di PI1M Felda Lepar. Program ini bermula pada pukul 9 sehingga pukul 6. Selain indoor dan outdoor games, PI1M juga menjalankan aktiviti seperti Klik dan Bijak, DiGi CyberSAFE kepada peserta yang menyertai pertandingan ini. Selain itu juga, pihak DIGI juga menyediakan aktiviti sokongan seperti pameran dan games di booth DIGI.

Dianggarkan seramai 200 jumlah penduduk yang hadir bagi memeriahkan program ini. Turut hadir iaitu Tuan Haji Sarijan Bin Ali selaku ketua kampung/ketua peneroka Felda Lepar Hilir 1. Tujuan utama program dan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menghargai pengguna PI1M dan mengeratkan silaturahim diantara pihak pengurusan PI1M dengan warga Felda Lepar Hilir. Di antara aktiviti yang dijalankan semasa Hari Terbuka adalah seperti berikut :

Outdoor Games : Pancing Botol, Anyaman Ketupat, Lambungan Kasih
Indoor Games : Pertandingan Mewarna (Pra Sekolah), Online Coloring, Jigsaw Puzzle, Math Quiz

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan

Outdoor Games

picpic

Indoor Games

picpic

Suasana Hari Terbuka

picpic