PERTANDINGAN BOWLING ANJURAN PDK (PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI)

Aktiviti terkini | 21 Mei 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Felda Lepar Hilir

Tujuan :
Tujuan program ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staf PI1M, guru-guru PDK, pelajar PDK serta ibu bapa mereka. Disamping itu, PDK juga menyambut sambutan kali ke 15 tahun penubuhan PDK di Felda Lepar Hilir.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat sikap berdaya saing di antara pelajar PDK.
• Walaupun pelajar PDK adalah OKU (Orang Kurang Upaya), bagi pihak PDK serta PI1M mahu pelajar tersebut diberi pendedahan dengan aktiviti- aktiviti luar supaya mereka lebih berkeyakinan dan aktif.
• Program ini dapat menarik minat penduduk setempat untuk mengikuti serta melibatkan diri dengan setiap aktiviti atau program yang akan dianjurkan oleh PI1M.

Perlaksanaan Aktiviti :
Pertandingan Bowling ini dijalankan di Premium Lanes, Kuantan Plaza. Pertandingan ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari. Seramai 15 kumpulan ditubuhkan bagi menyertai pertandingan bowling ini yang terdiri daripada pelajar PDK, guru PDK dan keluarga pelajar tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :