ONLINE JIGSAW PUZZLES

Aktiviti terkini | 25 Mac 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Lepar Hilir

Tujuan :
• Merapatkan hubungan diantara staf dan ahli-ahli PI1M.
• Menarik minat ahli-ahli PI1M untuk mengikuti setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PI1M Lepar Hilir.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat sikap berdaya saing di antara para peserta.
• Memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti yang dijalankan.

Perlaksanaan Aktiviti Utama :
Pada pukul 2.30 petang, satu pertandingan telah dijalankan di PI1M Lepar Hilir iaitu “Online Jigsaw Puzzles”. Seramai 15 orang ahli PI1M menyertai pertandingan ini yang terdiri dari pelajar sekolah rendah. Peserta dikehendaki menyusun gambar puzzle tersebut sehingga menjadi gambar yg lengkap. Peserta yang berjaya siap dengan pantas akan dikira sebagai pemenang. Pertandingan ini mengambil masa 30 minit sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :