PERTANDINGAN 'WORD SEARCH'

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2017

Tempat : PI1M Felda Lepar Hilir

Tujuan Aktiviti:
Tujuan Pertandingan 'Word Search' ini diadakan adalah untuk menguji kemahiran berfikir para peserta dan fokus untuk menyelesaikan masalah.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti:
• Pertandingan 'Word Search' ini dapat merangsang otak para peserta, melatih kesabaran dan ketabahan serta dapat meningkatkan pengetahuan tentang perkataan berkaitan IT (Information Technology).
• Kebaikan pertandingan ini adalah mengajar peserta sentiasa fokus dan menggunakan kemahiran berfikir untuk mendapatkan jawapan di dalam pertandingan.

Perlaksanaan Aktiviti Utama:

Permainan Carian Perkataan atau lebih dikenali dengan “Word Search” adalah permainan teka-teki yang terdiri daripada huruf-huruf yang disusun dalam grid, yang mengandungi beberapa perkataan tersembunyi dan ditulis dalam arah tertentu. Permainan ini sangat popular dan digemari terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Pada 31 Januari 2017, PI1M Felda Lepar Hilir telah. mengadakan Pertandingan Word Search. Pertandingan ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit yang terdiri daripada ahli Pusat Internet. Seramai 20 orang peserta yang menyertai pertandingan ini dan 3 orang dipilih sebagai pemenang dan 10 orang mendapat saguhati.