KLIK DENGAN BIJAK : KUIZ (WORD SEARCH & CROSSWORDS)

Aktiviti Terkini | 26 November 2016

Tujuan Aktiviti:
Pertandingan Klik Dengan Bijak ini diadakan adalah untuk menguji minda setiap peserta dalam penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation).

Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Pelaksanaan aktiviti utama:
Pada 26 November 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Lepar Hilir telah mengadakan aktiviti Klik Dengan Bijak. Aktiviti yang dijalankan selama 2 jam ini telah disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menguji pemahaman peserta tentang Klik Dengan Bijak (KDB) melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah dengan memberi Kuiz iaitu Word Search dan Crosswords. Dengan adanya program ini, jenayah salah laku siber terutama golongan muda sepert kanak-kanak, remaja, belia dapat dielakkan dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.