Pertandingan Menaip

29 Mei 2016 ( Ahad )| Aktiviti Terkini

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim diantara ahli-ahli PI1M dan staf. Menarik minat ahli-ahli PI1M untuk mengikuti setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PI1M Lepar Hilir.

Butiran Penerima :
Kategori Sek Menengah
1. Mohamad Iqmal Alif Bin Ibrahim
2. Mohamad Syaril Shahdan Bin Mat Kozi
3. Najihah Binti Hashimi
Kategori Sek Rendah
1. Alif Dawisyah Binti Zam Zam
2. Muhammad Danial Hakim Bin Abdul Razak
3. Syaril Rahzuwan Bin Mat Kozi

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Menguji kemampuan dan ketangkasan peserta dalam menaip serta dapat meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office. • Memupuk semangat sikap berdaya saing di antara para peserta. • Memberi imej positif dan menunjukkan penglibatan PI1M dalam aktiviti komuniti yang dijalankan.

Pelaksanaan aktiviti utama :
Pada 29.5.2016 - Pada pukul 10.00 pagi, PI1M Lepar Hilir telah mengadakan Pertandingan Menaip. Peratandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Seramai 10 peserta setiap kategori yang menyertai pertandingan ini.
Bagi kategori Sek Menengah, peserta dikehendaki menaip Resume selama 1jam 30minit. Peserta perlu mengikut format yang betul untuk menjadi pemenang.
Bagi Sek Rendah, peserta diberikan satu artikel mengenai “Kepentingan Teknologi Maklumat”. Peserta diberikan masa selama 30 minit untuk menaip artikel tersebut. Peserta yang dapat menyiapkan dengan pantas akan dikira sebagai pemenang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan