PERTANDINGAN MEREKA CIPTA POSTER MENGGUNAKAN APPS CANVA.COM

Aktiviti terkini |25 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Lepar Hilir 1

Ringkasan Aktiviti:
• Program ini melibatkan pelajar sekolah rendah yang telah mendaftar sebagai ahli PEDi Lepar Hilir 1.
• Para peserta perlu mereka cipta poster mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan aplikasi canva.
• Setiap peserta perlu menyiapkan poster dalam tempoh yang diberi oleh petugas PEDi dan hasil poster dinilai mengikut kreativiti dan kekemasan poster tersebut.

Tujuan Aktiviti :
• Mewujudkan persaingan dalam pembelajaran ICT secara sihat.
• Untuk menilai tahap penguasaan para peserta hasil dari menyertai kelas ICT (Canva) sebelum ini.
• Menarik perhatian para pelajar dan komuniti untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi secara berterusan dari semasa ke semasa

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Melibatkan para pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada ahli-ahli PEDi Lepar Hilir 1.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Menarik perhatian komuniti dengan aktiviti yang dijalankan oleh PEDi bersama ahli-ahli yang berdaftar setiap bulan.
• Menambahkan bilangan ahli yang berdaftar di PEDi.
• Memberi imej positif dan memperkenalkan PEDi kepada komuniti
• Mewujudkan kerjasama dan hubungan baik staff dan ahli PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :