Jamuan Raya Felda Lepar Hilir 1

13 Ogos 2014

Jamuan Hari Raya ini diadakan oleh Pejabat Felda Lepar Hilir 1 & 8 dengan kerjasama PI1M Felda Lepar Hilir, GPW & JKKR Felda Lepar Hilir. Majlis diadakan di Dewan Baiduri Felda Lepar Hilir 1 bersebelahan PI1M Felda Lepar Hilir. PI1M menyumbang kos pencetakan kupon cabutan bertuah sekaligus kad jemputan jamuan, sebanyak 300 keping, disamping memgedar risalah tentang fungsi PI1M & KDB. Jamuan dihadiri oleh Pengurus Felda Lepar Hilir 1 & 8 Ketua Peneroka, Ketua Blok, serta seluruh penduduk sekitar Felda Lepar Hilir 1.

Laporan Aktiviti PI1M Felda Lepar Hilir Kuantan, Pahang
Nama acara / program MAJLIS RUMAH TERBUKA FELDA LEPAR HILIR 1 KUANTAN 2014.
Tarikh & Masa     13 OGOS 2014.
Lokasi DEWAN BAIDURI FELDA LEPAR HILIR 1.
Tujuan   Memperkenalkan PI1M kepada penduduk kampung disamping merapatkan hubungan silaturahim di antara PI1M dengan penduduk kampung yang terlibat.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti
Jumlah Kos RM 200, kos printing nombor cabutan bertuah, risalah KDB & risalah tentang PI1M.
Kebaikan / kelebihan aktiviti  
Aktiviti ini dapat : Memperkenalkan PI1M& fungsinya kepada pengunjung PI1M. Merapatkan lagi hubungan PI1M dengan penduduk sekitar,
Nama VIP   Pengurus Felda En. Zaaber. Pelaksanaan aktiviti utama 13.08.2014 – Pukul 12, Majlis dimulakandengan bacaan doa, ucapan aluan dari Pengurus Felda Lepar Hilir 1 & 4. Hadirin di persilakan menjamu selera, di selang seli dengan cabutan bertuah 30 hamper yang telah disediakan.

Aktiviti Sokongan Klik Dengan Bijak.

Keterangan gambar
1.  Persediaan sebelum hardirin sampai Keterangan gambar berserta nama
2. Persiapan akhir sebelum hadirin datang Hadirin mula menjamu selera Ucapan Aluan oleh Pengurus Felda Lepar Hilir 1 & 4 mengalukan kehadiran hadirin ke majlis Jamuan Raya Felda